I am Jay

I am Jay
I love ones who are in my life and make it amazing and I thank ones who left my life and made it more fantastic

Wednesday, December 26, 2012

Dunhill? John? Surya?


Aku dah jemu tengok poster ni.
Sape lagi yang rasa menyampah jugak, angkat tangan please??
(ayat lapuk)


This could be better I guess.
(laugh out loud)

Okay, tak fair lah kalau nak ungkit balik pasaipa hampa start hisap rokok dulu.
Yang lepas tu, lepas lah.
Let be gone be by gone.
(tangan di bahu mata ke atas?)

Jadi aku nak highlight benda ni je.

Cara cara berhenti merokok.

Punca remaja takboleh nak berhenti merokok.

KENAPA? WHY?

Pertama, mungkin sebab nak NAMPAK COOL? GAYE?
Takut nanti dah tak smart, kalau dah tak merokok.

Tak macho, tak gagah, tak kacak?
Tak! Wahai jejaka jejaka sekalian, korang hensem, kacak, tampan jika tidak merokok.

Dan wahai gadis gadis comel di luar sana, berhenti lah merokok kerana kalian lagi lawa, cun, anggun, hot kalau tak merokok.

Apa korang ingat korang yang merokok tu hot macam ni ke??
Sumpah tak.



(hot ke?)

Macam ni ada lah kut


Tak pun macam ni


Comel ke?
Ha ha ha
Fikir sendiri

Bukan setakat nampak cam bangka, tapi huduhh tau takk.
Bukan la nak hina korang, tapi fikirlah orang sekeliling setiap kali nak merokok.

1 Pemandangan tak indah sebab muka korang macam nenek tua tu.
2 Pencemaran udara menyebabkan anak anak kecil dan warga emas menangis.
3 Bau yang kurang menyenangkan.



Kedua, mungkin sebab peer pressure.
Apa tu peer? Peer tu rakan sebaya.
Pressure? Tekanan?
Yeah betul, rakan sebaya memang banyak mempengaruhi kita.

Ada yang memang nak berhenti, tapi takut membe membe mengata pulak.

Dan perasaan disisihkan tu timbul dalam diri, walaupun depa tak sisihkan hampa pun.
Hampa je paranoid.

Mungkin disebabkan member membe punya dok hisap depan hampa masa lepak sama sama, lama lama sangkut balik lah.

Weh kalau hampa nak tau, sikit pun membe hampa tu tak benci hampa hanya kerana tak join hisap sama.
Nak pulaukan tu memang jauh sekali la.
Tak nye sebab hampa tolak ajakan depa, teruih depa nak sentap.
Tak de pasai la.

Batuk?

Selsema?

Mungkin ni sebab ketiganya.
Kebanyakan perokok yang dah terlalu lama berkecimpung dalam bidang menghisap ni akan mengalami simptom simptom sebegini.

Muntah muntah, suhu badan naik, selsema, batuk, cepat marah, selalu lapar, sakit kepala.

Ni semua perkara normal.
Sesak nafas, semua tu kejap je bro.
Lepas dua tiga bulan, in syaa Allah okay lah :)
Sabar okay, cuba overcome negative thoughts dalam minda korang.

Jadi korang kena fikir positif.
POSITIF!

Kalau korang bersabar, kan dapat pahala.
Dosa pun gugur.
Korang pun dapat berhenti merokok.
Duit yang korang pakai beli rokok tu boleh save.
Boleh belanja aku makan hari hari :p



Keempat, sebab stres.
Ada yang dah seminggu tak merokok, tapi sebab stres, barulah mula lagi.
Korang yang nak berhenti merokok tak boleh streskan diri.



Kelima, azam yang tak kuat.
Tak berdisiplin.
Ada pulak yang kata
"Ala sebatang je"

Tambah tambah lepas makan, korang tak senang duduk.
Nak je cari rokok.
Tak boleh macam tu.
Korang kena berdisiplin dan istiqomah.

Buang keinginan 'nak sebatang je' itu.
Faham??
Good :)

Okay sini aku nak bagi sikit TIPS untuk korang yang nak berhenti merokok.

1 Bagitau yang korang benci rokok
Mak aku penah bagitau,
Ada orang ni memang heavy smoker, tapi die niat nak stop.
Jadi, die pun cakap yang dia benci rokok.
Benci gila, jijik, kotor, hina.
Lama lama dia pun dengan sendirinya dah tak lalu nak sentuh rokok.
Dia stop terus.
Korang tengok kat kotak rokok tu, renung lama lama.

2 Bagitau orang yang rapat dengan korang
Kawan baik, ibu, adik beradik, awek, kasi tau semua orang yang korang nak stop smoking.
Dapatkan support dan minta dieorang doakan korang.

3 Tanamkan azam yang kuat
Sama macam kedua tadi, korang kena banyak doa.
Buat lah solat hajat, solat taubat, tahajjud dan rajin lah mengaji al-Quran.
Banyak mintak pada Tuhan.
Sebab nak berhenti rokok tak semudah cakap.

4 Kurangkan lepak dengan smokers
Sebab kalau selalu sangat, korang akan dijangkiti penyakit 'peer pressure' macam yang aku tulis tadi.
Untuk elakkan perkara ni berlaku, jangan selalu sangat lepak masa dieorang hisap rokok.
Kalau dieorang setakat duduk duduk sembang je, apa salahnya.

5 Mengunyah
Serius, bukan main main.
Kalau korang rasa gian sangat, tak senang duduk, kunyah lah apa apa.
Epal, gula gula.
Bubble gum pun okay apa.

6 Sibukkan diri
Korang pergi lah library study ke.
Main game kat phone ke.
Main fb games ke, sampai lebam pun boleh.

7 Jumpa doktor
Kalau dah susah sangat, jumpa je doktor.
Dapatkan khidmat nasihat.
Sekarang ni, dah banyak bantuan diberikan untuk perokok yang ada niat untuk berhenti.
Niquitin kat hospital free je.
Ada banyak cara, ada yang jenis pil, ada yang lekat kat tangan.
Senang je, tak susah kan.

8 Tangguh tangguhkan
Setiap kali datang rasa nak hisap tu, bagitau diri sendiri, 5 minit lagi lah.
Buat sebanyak mana yang boleh.



9 Buat ala ala kempen
Kalau dekat phone korang tu nak letak wallpaper TAKNAK merokok pun boleh.
Lekat lah poster poster kat dalam bilik, meja sekolah, kat jamban pun jadi.
Sambil korang berak tu, fikir lah pasal niat korang nak berhenti rokok ni.

10 Bersukan
Untuk melupakan tentang rokok, pergilah main futsal ke snooker ke atau apa apa aktiviti sukan yang boleh membuatkan korang lupa pada rokok.
Snooker sukan ke? Atau hanya pub game?
Yahoo cakap ye, ye lah kut.

11 Fikirkan masa depan

Fikirlah anak anak korang nanti, generasi dunia akan datang :)

12 Tukar jenama rokok
(copy, edit and paste)
Semporna/Surya tukar kepada Dunhil/Marlboro
Uiks? Biar betoi? Iyer
Siapa pernah hisap semporna dia tau kenapa. 
Especially semporna hijau, kau memang akan hisap lebih dari perokok lain sebab “tak puas”.
Rasa dan bau dia plak yang soft tak seberat Gudang Garam menyebabkan ko merokok lebih banyak sebab layan.
Bertukarlah segera ke Dunhill Light ke atau rokok lain.
Keretek mengandungi lagi macam2 bahan yang tidak elok untuk kesihatan.
Kau bukan tak tahu, saja buat buat tak tahu.
Akhiri dengan rokok gulung.
Yerps, rokok terakhir aku hisap adalah rokok gulung.
Alah yang jenis pakai mesin tu, bukan rokok daun tu.
Yang tembakau dia sebundle beli kat 7 eleven.
Kenapa rokok gulung?
Rokok gulung ni melambatkan proses nak hisap rokok.
Dahle nak bawak tu leceh.
Nak hisap pun bersepah2 tembakau sebab nak gulung hahahaha.
Ni pengalaman aku lah.
Kalau kau betul nak berhenti boleh la cuba.
Tak cuba tak tahu.
Betul tak?
Dalam kereta pun kau susah nak hisap sebab nak kena gulung dulu.
Tapi jangan la kau tunjuk cerdik sangat, pergi gulung siap2, memang failed la kalau kau fikir camtu.
Sampai sudah la tak boleh nak berhenti.

Jadi, baik hampa stop sekarang.
Masa tak ketagih sangat.
Walaupun heavy smokers, tak la macam ni kan.


Jadi, cubalah berusaha demi diri sendiri.
Kerana.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri



ROKOK ITU HARAMMMM!!

Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: 
Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; 
“ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 
 Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”.
(Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud: 
“ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa:
“Pemborosan adalah haram”.

Tuesday, December 25, 2012

Cuti Sekolah


Sepanjang cuti yang membosankan, aktiviti yang kami lakukan adalah bermain dan terus bermain.

Kerana

HAK BERMAIN HAK KAMI

(laugh out loud)

1 Krim lemak bersusu, krim koko yang lazat dengan dua bebola wafer rangup
2 Mainan menyeronokkan dan merangsang fikiran kanak kanak
3 Kenangan bermain bersama dan detik detik bahagia
(ciplak kinderjoy)

Monopoly deal

Monopoly

Cluedo

Pictionary

Sunday, December 23, 2012

Outing With Siblings

Balik balik kawan, asyik hang out ngan kawan je, kadang kadang terfikir juga apa gunanya adik beradik kan.
Malangnya, abang abang aku semuanya sibuk dengan pelajaran, kolej yang tak sama hari cuti dan pelbagai kekangan lain.
Namun begitu, tiada yang dapat menyangkal fakta bahawa kolej di Malaysia diwajibkan memberi cuti kepada para mahasiswa pada perayaan perayaan seperti Hari Natal yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Kami, yang beragama Islam, mengambil kesempatan ini untuk berkumpul dan menyeronokkan diri seperti kanak kanak di zaman tadika.
Memandangkan karaoke yang sememangnya diminati ramai sudah penuh pada hari ini, justeru kami membuat keputusan untuk menonton wayang.
Malangnya harga yang terlalu tinggi bagi kami yang bukan berada, berasa amat membazir dan akhirnya kami ke destinasi ini yang sering kali menjadi pilihan terakhir sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki ke Jaya Jusco, Kinta City, Ipoh.

CAPCOM

Syasya main drum

Abang Nuh main game seakan akan gitar
Abang Adam main game seakan akan drum
Yeahhh

Lebih kurang je ngan gambo yang atas tu

Me, kononnya, act like a kindergaten kid. Sungguh sadis, tak jadi.

Act like a kindergaten bus driver? Jadi ke?

Old Town White Coffee
Ya Allah, julingnya mata

Wat tan hor

Nasi ayam ape entah

Dumpling dan poppadom

Ice blended? Cendol sebenarnya.
Sebab ramai daripada kiteorang yang taksuka kopi.
Aku SUKA
Manusia, macam macam.

Big Apple Donuts
Beli di JJ, makan di OTWC

Ape entah, dan kaya toast

Mi kari

Mushroom ape entah

Entah pemende nye ni

Dah habis makan.
Sebenarnya banyak lagi.
Lupa nak ambik gambar.
Yang lain pulak, waiter tu awal awal dah kutip.

School Life Part V

The Finale

Entah apa lagi nak diceritakan pun tak tau, dah takde benda lagi.
Saje nak cukupkan lima episod, haha, kelam.
Jadi, aku pun campur adukkan semua gambar yang ada kaitan tentang belajar belajar ni boh kat sini je semua.
Habeh ceghite, tak payah pusing pusing.
Aku bukan editor majalah pun.
Setakat nak post kat blog, tak payah le over over bagai.
Kan, haha.
(dah over dah pun)

My life as a librarian isn't easy, but quite interesting

Xian? And me?

 Again?


Kar Hoe, Edward, Wai Chun

Atiqah Lott, Haikal, Imran

Atiqah Lott

Kenny Lau

Yap, Edward, Chun

Es Beta, Ash, Haikal

Kenny, Kai, Kar Hoe

Xian Xian

Me and Haikal

Weng Kai

Wan Zack Haikal

Adib ngan Hazmeer

Our librarian board farewell party


Anies

Say cheese :D

Jannah dan Sina

Amin, Haikal, Jannah


 The only me


Me and Bob 


Nathanial Tan 


Joanne, Nate and me 


 Brother Faris and me

All the Timbalans
Yong Shi Yun, me and Lai Yong Khai

Haikal, Amin, Redha

Rumah cikgu untuk kelas Pengajian Am


Farees bajet cool depan kete Akram


Lagi lah poyo, tapi smart, haha

Sebagai Setiausaha Kelab Koperasi, tehee

Aku ngan James masa bertugas Projek Pelancongan Kelab Koperasi