I am Jay

I am Jay
I love ones who are in my life and make it amazing and I thank ones who left my life and made it more fantastic

Friday, December 21, 2012

Pasrah

Assalamualaikum :D
Ada beza sebenarnya antara redha dengan pasrah. 
Pasrah ni adalah apabila kita memaksa diri kita untuk menerima nasib yang menimpa diri. Berbeza pula dengan redha yang lebih ikhlas. 
Redha akan timbul sekiranya kita menerima dengan ikhlas takdir yang tersurat dan merasakan diri ini layak diuji. 
Dan apabila kita redha, dengan sendirinya perasaan kecewa, depressed, nak terjun bangunan, nak kerat tangan semua hilang.

Pagi semalam aku pegi Pusat Latihan Memandu City Ipoh untuk mengambil ujian JPJ kali kedua.
Yeah kali kedua.
Tetapi dukacitanya, masih tidak lulus.
Ujian bahagian litar semua lulus, bukit, parking, tiga penjuru, semua dah okay.
Tinggal lagi jalan raya.
Haritu dah gagal sebab signal tak bagi masa overtake kete.
Kali ni langgar traffic light merah pulak.
Nak kata gembira tu takla sangat, sedih tu ade la sikit.
Aku cuba cari sebab yang menyebabkan gagalnya aku dalam ujian ini. 
Hmm :'(

Pertama, memang aku tak layak kut. 
Sebab pegawai JPJ tu pun kata aku ni macam tak confident je, pegang gear pun cam ketat je. Dah la pusing steering pun cam orang tengah cuci jamban. 
Suka hati je kiri kanan. 
Mak aku ada cakap, lebih baik kita dapat gagal daripada lulus kerana belas kasihan. 
Biarlah tak lulus, kalau kita memang tak layak.
Yang penting keberkatan.

Kedua, mungkin sebab aku banyak menyusahkan parents aku sepanjang pengambilan lesen ini. 
Aku selalu tidur lewat baru baru ni menyebabkan mak aku kena bersabar setiap kali nak kejut aku bangun pagi. 
Dahla kena siap makan lagi.

Ketiga, niat aku untuk ada lesen adalah sebab peer pressure. 
Sungguh tak ikhlas. 
Sebab aku tengok ramai kawan aku drive pegi sekolah, aku pun nak jugak. 
Sebab aku buat bukan kerana Tuhan. 
Aku penah cakap kat bf aku yang aku ambik lesen sebab dia suruh. 
Mungkin Tuhan nak aku sedar yang kita buat sesuatu jangan kerana orang lain. 
Buatlah ikhlas kerana Allah :)

Keempat, mak aku cakap Tuhan selalu bagi kita musibah yang kecik untuk elakkan kita daripada musibah yang lebih besar.
Selain itu, Tuhan ambik rahmat kita, untuk beri rahmat yang lebih besar.
Jadi, jangan pandang duit sebagai duit, pandanglah ia sebagai rezeki.
Kerana dengan itu, kita takkan marah pada qada' dan qadar.
Bayar je lah RM115 tu, kalau duit nak lari, akan lari jugak ikut lain.

Kelima, sebab Tuhan nak bagi aku pahala dan kurangkan dosa aku yang tinggi menggunung ni

Kesimpulannya, jangan lah down sangat bila menemui kegagalan.
Perkara biasa bagi manusia yang gagal dalam sesuatu.
Gagal sekali ni bukan bermakna gagal dalam seluruh kehidupan.
Kenapa Tuhan uji kita?
Muhasabah diri, dan kita akan jumpa jawapannya.

No comments:

Post a Comment